FOTO Hamzah Osman
FOTO Hamzah Osman
MARISA Damia Ardi, 7, ditemani ibunya, Selly Hazli Razali, 38, tiba di pekarangan Sekolah Kebangsaan Seri Negeri Langkawi untuk program orientasi murid tahun satu di sekolah itu. FOTO Hamzah Osman
MARISA Damia Ardi, 7, ditemani ibunya, Selly Hazli Razali, 38, tiba di pekarangan Sekolah Kebangsaan Seri Negeri Langkawi untuk program orientasi murid tahun satu di sekolah itu. FOTO Hamzah Osman
RASYA Danisha Muhammad Faizal, 7, (kiri) bersama ibunya, Nur Hamzani Hamzah, 29, bersedia untuk memasuki pekarangan Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Langkawi, untuk program orientasi murid tahun satu di sekolah itu. FOTO Hamzah Osman

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Majlis orientasi murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, di sini, hari ini, dipenuhi pelbagai aksi dan ragam.

Tinjauan mendapati enam bilik darjah yang menempatkan murid terbabit gamat bukan dengan tangisan tetapi celoteh mereka yang ceria dan teruja memperoleh rakan baru.

Murid terbabit dilihat tidak segan untuk menyapa antara satu dengan lain dan mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan guru.

Selain itu, tidak ketinggalan kelibat ibu bapa mahu melihat gelagat anak mereka di hari pertama memasuki alam persekolahan.

Marisa Damia Ardi, 7, berkata dia memang suka pergi ke sekolah kerana boleh mendapat ramai kawan baru yang sebaya.

"Saya bangun awal hari ini....memakai baju baru yang dibeli ibu dan abah untuk datang ke sekolah," katanya yang juga anak kedua daripada empat beradik.

Rasya Danisha Muhammad Faizal, 7, berkata dia teruja apabila diberitahu oleh ibunya, Nur Hamzani Hamzah, 29, bahawa sesi persekolahan baru dimulakan hari ini.

"Pagi ini saya awal bangun... tak payah ibu kejutkan kerana seronok nak datang sekolah dengan pakaian dan beg baharu," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Negeri, Abdul Razak Jusoh, berkata 180 murid Tahun Satu menyertai program orientasi membabitkan 95 lelaki dan 85 perempuan.

"Dalam empat jam program itu, kita turut mengadakan taklimat kepada murid dan waris selaian proses pembelian peralatan tulis di kedai buku sekolah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 12:29 PM