JENAZAH suami isteri yang maut dalam kemalangan jalanraya dekat Pendang dikebumikan dalam satu liang lahad. FOTO Sharul Hafiz Zam
JENAZAH suami isteri yang maut dalam kemalangan jalanraya dekat Pendang dikebumikan dalam satu liang lahad. FOTO Sharul Hafiz Zam
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Alor Punti, Pendang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, 6.30 petang tadi.

Pasangan guru itu, Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor,42, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepala Batas Pauh, Kuala Sanglang, Perlis.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 5.30 petang dan kira-kira 60 orang termasuk ahli keluarga mangsa hadir.

Dalam kejadian 11.30 malam semalam pemandu kereta, Mohd Padzil maut di tempat kejadian manakala isterinya Masmiwaza meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Lima anak mereka berusia enam hingga 14 tahun itu pula kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta datang dari arah Titi Hj Idris menghala ke pekan Pendang untuk pulang ke rumah di Taman Setia. Namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

Berita berkaitan:

Yatim piatu sekelip mata

Jabatan Pendidikan Kedah bantu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 9:20 PM