TUNKU Imran (lima kiri) mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sukan SEA ke-29. Beng Choo (dua kanan) turut hadir.
TUNKU Imran (lima kiri) mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sukan SEA ke-29. Beng Choo (dua kanan) turut hadir.
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membayangkan empat daripada 39 jenis sukan akan tersisih daripada temasya Sukan SEA 2017.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo menjelaskan beberapa perkara menjadi pertimbangan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Presiden MOM Tunku Imran Tuanku Ja’afar untuk menggugurkan keempat-empat sukan itu.

“Boleh dikatakan empat jenis sukan berada pada situasi 50-50. Terdapat persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang tidak aktif namun memohon untuk mempertandingkan banyak acara.

“Malah ada yang tidak pernah memenangi sebarang pingat, jadi sukar buat kami memberikan justifikasi untuk mereka disenaraikan,” katanya.

Beliau diminta mengulas perbincangan selama tiga minggu yang berlangsung bulan ini membabitkan 39 jenis sukan disenarai pendek bagi edisi ke-29 Sukan SEA.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 3:07 AM