Pengarah Pusat Beli Belah Boustead Ikano, Thomas Malmberg (tujuh dari kiri) dan Datuk Koo Hock Fee (di sebelah) bersama antara penyewa yang akan beroperasi di MyTOWN ada hujung tahun depan.
Pengarah Pusat Beli Belah Boustead Ikano, Thomas Malmberg (tujuh dari kiri) dan Datuk Koo Hock Fee (di sebelah) bersama antara penyewa yang akan beroperasi di MyTOWN ada hujung tahun depan.
Oleh Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Pusat beli-belah MyTOWN, pembangunan bersama Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan Ikano Pte Ltd (Ikano) hari ini mengumumkan pengesahan senarai penyewa utama dan kecil daripada jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan.

Pengarah Boustead Ikano Sdn Bhd (Boustead Ikano), Datuk Koo Hock Fee berkata, jumlah semua penyewa yang akan memenuhi semua unit kedai di MyTOWN berjumlah lebih daripada 400 penyewa dan pusat beli-belah itu dijangka akan beroperasI pada suku keempat 2016.

"Kita begitu teruja kerana terdapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pelbagai jenama terkemuka walaupun MyTOWN masih lagi dalam pembinaan.

"Dengan pelbagai pilihan jenama serta kemudahan yang disediakan, MyTOWN berupaya untuk menjadi pusat tumpuan ramai serta mereka yang berkeluarga," katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani perjanjiaj bersama bakal penyewa MyTOWN di sini, sebentar tadi.

Antara jenama yang akan beroperasi di MyTOWN pada tahun depan adalah Parkson, Golden Screen Cinemas, Village Grocer, BEST, ZARA, UNIQLO, MANGO, Celebrity Fitness, Al-Ikhsan dan MPH Bookstores.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 1:18 PM