GAMBAR menunjukkan gunung Bromo mengeluarkan debu tebal ke udara.
GAMBAR menunjukkan gunung Bromo mengeluarkan debu tebal ke udara.

Jakarta: Gunung berapi Bromo di Jawa Timur yang kembali aktif tiba-tiba menghamburkan debu tebal setinggi 1.5 kilometer ke udara.

Gunung itu mula aktif baru-baru ini selepas kali terakhir meletus pada 2011.

Pegawai di pos pemantau, gunung Bromo, Subhan berkata, aktiviti gunung berapi itu semalam berubah sangat mendadak.

“Aktiviti gunung itu sebelum ini hanya mengeluarkan asap nipis ke udara dan letusan kecil.

“Bagaimanapun, semalam aktiviti gunung ini berubah mendadak dengan menghamburkan debu tebal tinggi ke udara,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah melaporkan aktiviti gunung berapi itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Kami terus memantau keadaan ini kerana debu tebal yang berada di angkasa boleh mengganggu penerbangan,” jelasnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2015 @ 5:03 AM