GUNUNG Etna yang terletak di Sicily, Itali meletus semalam dengan melimpahkan lahar dan letupan. FOTO Agensi
GUNUNG Etna yang terletak di Sicily, Itali meletus semalam dengan melimpahkan lahar dan letupan. FOTO Agensi
AFP

ROME: Gunung berapi aktif terbesar Eropah, Gunung Etna yang terletak di Sicily, Itali meletus semalam dengan melimpahkan lahar dan letupan.

Abu tebal dihamburkan ke udara menyebabkan dua lapangan terbang di Sicily ditutup sebelum membuka semula sebahagian operasinya pagi tadi.

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) berkata, lahar mengalir sejauh 1.5 kilometer dari kawah di tenggara gunung berapi.

Awal Jun lalu, Gunung Etna menghamburkan lahar selepas meletus pada Disember lalu.

Gunung berapi itu kerap meletus dan letusan terbesar berlaku pada 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 7:48 PM