Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Persiaran Bandar Timah, di sini hari ini. Foto ihsan pembaca
Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Persiaran Bandar Timah, di sini hari ini. Foto ihsan pembaca
Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Persiaran Bandar Timah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abdin Abang Ahmad berkata, penemuan mayat lelaki warga tempatan itu dilaporkan pengawal keselamatan perumahan itu, jam 8.20 pagi.

"Hasil siasatan awal di lokasi, si mati ditemukan oleh pengawal keselamatan dalam keadaan tidak sempurna.

"Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya pada kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 5:14 PM