GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Banduan yang disabitkan kesalahan membunuh berdepan siasatan baharu selepas didakwa meliwat banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini.

Suspek warga Filipina yang dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan 12 sebatan kerana membunuh pemandu e-hailing, lima tahun lalu disyaki melakukan perbuatan liwat terhadap mangsa sama beberapa kali.

Sumber berkata, mangsa diugut menggunakan senjata tajam buatan sendiri ketika kejadian itu berlaku, menyebabkan dia berdiam diri kerana bimbang dibunuh.

"Mangsa hanya memaklumkan kepada doktor berhubung kejadian itu selepas sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini," katanya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima laporan pada 30 Mei dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 4:41 PM