RAFIZI (tengah) pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad
RAFIZI (tengah) pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Rabu ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, di sini, malam ini.

Rafizi berkata, satu mesyuarat oleh kepimpinan tertinggi PH akan diadakan Selasa ini untuk membentangkan calon yang dipilih sebelum diperakukan oleh semua.

"PH akan umumkan terlebih dahulu calon daripada PN (Perikatan Nasional), calon senarai itu sudah dihantar kepada Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan sudah disaring oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Selepas itu, kita akan jumpa sekali lagi pada Rabu ini untuk buat pengumuman siapa calon yang akan mewakili Perpaduan.

"Di sini saya nak bagi sedikit nasihat kepada calon (yang akan dipilih), calon kena jadi macam pengantin, semasa kempen jangan duk bagi ceramah hentam nak melawan, yang itu (ceramah) kuat-kuat bagi dekat ketua, senyum sahaja, walaupun (jumpa) ramai sangat orang, berhenti salam," katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, di sini, malam ini.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2024 @ 1:12 AM