PASPORT Singapura di tempat teratas paling berkuasa di dunia berikutan keupayaan untuk pemiliknya boleh melawat 195 negara tanpa visa. FOTO Shutterstock/Agensi
PASPORT Singapura di tempat teratas paling berkuasa di dunia berikutan keupayaan untuk pemiliknya boleh melawat 195 negara tanpa visa. FOTO Shutterstock/Agensi
Agensi

Singapura: Singapura berada di tempat teratas pasport paling berkuasa di dunia pada tahun ini membolehkan pemegangnya melancong ke 195 negara tanpa mendapatkan visa terlebih dahulu, lapor South China Morning Post (SCMP).

Pemegang pasport Singapura mempunyai fleksibiliti paling banyak untuk perjalanan di seluruh dunia, berikutan keupayaannya untuk melawat 195 negara tanpa visa.

Jepun yang sebelum ini berada pada kedudukan nombor satu kini turun ke tangga kedua menyertai Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol, kesemuanya membenarkan akses ke 194 negara.

Berikut ialah senarai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa, mengikut bilangan pilihan perjalanan tanpa visa, berdasarkan Indeks Pasport Henley 2024.

Pengembara boleh melawat 195 negara tanpa visa pada 2024 jika mereka mempunyai pasport dari Singapura.

Pemegang pasport Sepanyol, Jepun, Itali, Jerman dan Perancis boleh melawat 194 negara tanpa visa pada 2024.

Sweden, Korea Selatan, Belanda, Luxembourg, Ireland, Finland dan Austria pemegang pasport boleh melawat 193 negara tanpa visa pada 2024.

Pemegang pasport United Kingdom, Denmark dan Belgium boleh melawat 192 negara tanpa visa pada tahun 2024.

Pengembara boleh melawat 191 negara tanpa visa pada 2024 jika mereka mempunyai pasport dari Norway, Portugal atau Switzerland.

Pemegang pasport Greece, Malta, New Zealand dan Australia boleh melawat 190 negara tanpa visa.

Pengembara boleh melawat 189 negara tanpa visa pada 2024 dengan pasport dari Hungary, Poland, Czechia atau Kanada.

Pasport dari Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan tangga kelapan dengan pengembara yang memegang pasport AS boleh melawat 188 negara tanpa visa perjalanan.

Pemegang pasport Estonia, Lithuania atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh melawat 187 negara tanpa visa pada 2024.

Pemegang pasport Latvia, Slovakia dan Slovenia boleh melawat 186 negara tanpa visa pada tahun 2024.

Indeks Pasport Henley ialah kedudukan pasport berdasarkan bilangan negara yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa visa, dan berdasarkan data daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 8:37 AM