PENGERUSI Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (kanan) dan Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Datuk Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir (kiri). -FOTO Facebook Fadzli Kamal
PENGERUSI Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (kanan) dan Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Datuk Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir (kiri). -FOTO Facebook Fadzli Kamal
Asrol Awang


Kuantan: Datuk Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir dilantik Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke Sukma Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkata pelantikan itu dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Pahang.

"Pemilihan Tun Putera Abdul Mubin Shah selepas mengambil kira kepakaran beliau dalam bidang sukan termasuk sebagai Presiden Persatuan Ragbi Negeri Pahang.

"Selain itu hubungan yang baik beliau dengan atlet sukan di negeri ini serta pegawai MSP serta masih aktif dalam sukan ragbi dan juga sukan lain.

"Berdasarkan pengalaman itu, saya mencadangkan kepada Lembaga Pengurus MSP dan sebulat suara bersetuju Tun Putera Abdul Mubin Shah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Sukma Pahang," katanya.

Justeru, Fadzli berkata, segala persediaan sedang dilaksanakan untuk memastikan kontinjen Pahang mencapai sasaran lima kedudukan terbaik dengan pencapaian membawa pulang 40 pingat emas pada temasya sukan kali ini.

"Di Sukma Sarawak, Pahang menyenaraikan 603 atlet, termasuk 276 atlet Wanita yang mempertaruhkan 50 peratus atlet yang baharu kali pertama menyertai Sukma.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 2:25 PM