Tangkap layar video tular sekumpulan kanak-kanak bergaduh hingga membahayakan keselamatan mereka dan turut menjejaskan lalu lintas di kawasan berkenaan. FOTO Tular
Tangkap layar video tular sekumpulan kanak-kanak bergaduh hingga membahayakan keselamatan mereka dan turut menjejaskan lalu lintas di kawasan berkenaan. FOTO Tular
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Tujuh remaja ditahan reman berhubung insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu di sini, sebelum insiden itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Musa berkata, susulan laporan polis di terima, pihaknya melakukan siasatan dan menahan tujuh remaja berusia lingkungan 14 tahun ke atas.

"Kejadian membabitkan sekumpulan remaja yang disyaki bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan batang paip dan kayu.

"Pihak polis mengesahkan insiden itu tidak membabitkan unsur kongsi gelap. Ia berpunca perbuatan buli, memeras dan rasa tidak puas hati," katanya tadi.

Sehubungan itu, Kasim berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa.

Katanya, ia dibimbangi boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tindakan sekumpulan kanak-kanak menjadikan kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu sebagai 'gelanggang' permainan seperti tular dalam media sosial menimbulkan kegusaran ramai.

Kehadiran kanak-kanak dan remaja terbabit turut menjejaskan keceriaan bandar raya selain memberi tanggapan negatif kepada pelancong dan pengunjung luar.

#kw Gaduh, Kanak2, Tular, KotaKinabalu, Sabah

tamat

Caption

Tangkal layar video tular sekumpulan kanak-kanak bergaduh hingga membahayakan keselamatan mereka dan turut menjejaskan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 2:31 PM