FAHMI Fadzil. FOTO Arkib NSTP.
FAHMI Fadzil. FOTO Arkib NSTP.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

[email protected]

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia mengambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan individu tertentu mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan jika menerima aduan mengenainya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata setakat ini MCMC belum menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan perkara itu.

"Secara umum MCMC akan mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima secara rasmi, apabila ada pihak membuat aduan sama ada melalui nombor talian di aplikasi WhatsApp Aduan MCMC atau di laman web MCMC.

"Namun, setakat ini saya tidak menerima laporan daripada MCMC sama ada terdapat pihak membuat aduan terhadap laman web berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan individu tertentu mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan.

Beliau berkata, akaun media sosial dan hantaran sedemikian dikesan banyak kebelakangan ini dan dipercayai bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap individu disasarkan.

Fahmi berkata, MCMC bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa khususnya polis dan sekiranya agensi terbabit ada membuat permintaan atau permohonan untuk membantu siasatan, pihaknya sedia berbuat demikian.

"Ini termasuk membuat urusan teknikal, seperti profiling dan permohonan pernurunan (laman web atau akaun media sosial), tetapi ia berasaskan laporan yang diterima," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak terlalu ekstrem dalam menyatakan sokongan atau sentimen dalam arean sukan khususnya bola sepak.

"Saya harap netizen, berpada-pada dalam kita menyatakan sama ada sokongan atau sentimen, janganlah sampai berlaku bibit seperti yang berlaku sekarang dan jangan melakukan tindakan di luar batas undang-undang.

"Kita nak tengok perlawanan yang sihat dan baik, tidak mahu apa-apa insiden tak diingini berlaku termasuk ke atas para pemain," katanya.

Ends

From: Mohd Iskandar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 4:41 PM