SARASWATHY, gambar fail. FOTO NSTP
SARASWATHY, gambar fail. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam, Satees Muniandy semalam.

Beliau membuat laporan itu kerana mendakwa Satees menuduhnya tidak membayar cukai mencecah RM200,000.

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, timbalan menteri terbabit sudah membuat laporan polis dan keterangan beliau juga diambil.

Menurutnya, polis akan memohon perintah menyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya sebelum membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Saraswathy menafikan beliau berhutang RM200,000 dalam bentuk tunggakan cukai pendapatan selama 10 tahun dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 6:57 PM