Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: "Saya masih menyayangi isteri saya," kata suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu berkata demikian di hadapan media ketika berjalan masuk ke Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Sambil berulang kali menyebut menyayangi isterinya, Hafizul Hawari sebelum itu sempat memberi salam dan menzahirkan terima kasih.

"Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa... terima kasih," katanya.

Terdahulu, lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini untuk permohonan sambung reman pada 8.35 pagi. Dia sebelum ini direman tujuh hari bermula 16 April lalu dan berakhir hari ini.

Proses sambung reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

i.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 9:13 AM
LELAKI yang melepaskan tembakan di KLIA, Hafizul Hawari dibawa ke mahkamah di Kota Bharu untuk perintah sambung reman. FOTO Nik Abdullah Omar.
LELAKI yang melepaskan tembakan di KLIA, Hafizul Hawari dibawa ke mahkamah di Kota Bharu untuk perintah sambung reman. FOTO Nik Abdullah Omar.