Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu tiba di Mahkamah Kota Bharu di sini, untuk pendakwaan.

Lelaki berusia 38 tahun itu tiba di mahkamah, 8.33 pagi. Dia yang memakai baju lokap dikawal ketat oleh polis.

Dia dijangka menghadapi tujuh pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Media sebelum ini melaporkan, suspek ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga 22 April, sebelum disambung reman lima hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 8:54 AM