HAFIZUL Hawari, 38, dibawa ke mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah sambung reman. FOTO Hairul Anuar Rahim.
HAFIZUL Hawari, 38, dibawa ke mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah sambung reman. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, untuk permohonan sambung reman.

Hafizul Hawari, 38, tiba jam 8.35 pagi dengan dikawal ketat polis.

Proses sambung reman terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Perintah tahanan suspek dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 8:52 AM