ANGGOTA penguat kuasa memeriksa karkas babi yang cuba diseludup dalam lori ketika pemeriksaan import Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri. FOTO Ihsan Maqis.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa karkas babi yang cuba diseludup dalam lori ketika pemeriksaan import Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri. FOTO Ihsan Maqis.
Mary Victoria Dass


Iskandar Puteri: Cubaan menyeludup 22 tan karkas babi bernilai RM600,000 gagal selepas ditumpaskan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, pihaknya mengesan muatan tanpa dokumen itu di dalam lori dari Singapura, ketika pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Abu Bakar pada 1.15 pagi Ahad lalu.

Katanya, ia dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dengan pemeriksaan lanjut mendapati konsainan tersebut tiada permit import mahupun Sijil Kesihatan Veterinar.

"Pemandu lori dan kelindan berusia 27 hingga 29 tahun dilepaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3) akta sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Maqis akan terus menjalankan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan semua pihak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 12:34 PM