Kadar Zakat fitrah Sarawak 2024 ditetapkan RM 7.50. FOTO MOHD ROJI KAWI
Kadar Zakat fitrah Sarawak 2024 ditetapkan RM 7.50. FOTO MOHD ROJI KAWI
Mohd Roji Kawi

Kuching: Kadar zakat fitrah di Sarawak ditetapkan RM7.50 seorang, naik 50 sen berbanding RM7 sebelum ini.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kenaikan kadar itu mendapat kelulusan daripada mufti dan mesyuarat Majlis Islam Sarawak (MIS).

Menurutnya, ia dipersetujui oleh kerajaan negeri dan kadar itu tidak jauh beza dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

"RM7.50 adalah satu kadar yang mampu dibayar oleh masyarakat Islam, jadi tunaikanlah tanggungjawab membayar zakat fitrah seawal yang mungkin.

"Ini bagi memudahkan amil untuk menghantar kutipan itu kepada pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)," katanya.

Menurutnya, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan secara online atau secara fizikal kepada amil bertauliah yang dilantik.

Seramai 788 amil dilantik bagi mengitup zakat fitrah sepanjang Ramadan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2024 @ 12:29 PM