Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang (empat dari kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan bagi tahun 2021 yang berjumlah RM275,626.57.
Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang (empat dari kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan bagi tahun 2021 yang berjumlah RM275,626.57.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Agrobank menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2021 yang berjumlah RM275,626.57 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di bawah selian Majlis Islam Sarawak.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Agrobank Datuk Mustapha Buang kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, sambil disaksikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, dalam satu majlis yang diadakan di Petra Jaya, Sarawak.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, pengagihan zakat perniagaan ini merupakan amalan tahunan Agrobank untuk menyerahkan keuntungan bersih syarikat dan agihan zakat pendapatan di negeri-negeri yang diperoleh berdasarkan pengiraan tertentu kepada golongan yang memerlukan seperti pelajar, asnaf dan komuniti terpinggir dan kurang mendapat liputan.

"Kami berharap agar sumbangan zakat ini dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan sosioekonomi setempat di Sarawak, khususnya pelajar, asnaf dan komuniti di bawah seliaan Tabung Baitulmal Sarawak.

"Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan fokus untuk membangunkan sektor pertanian dan agromakanan, Agrobank komited untuk memenuhi mandatnya dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya yang selaras dengan visi 'Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan' agar nasib komuniti yang terpinggir

dan kurang mendapat liputan ini terus terjaga dan dibela," katanya.

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 5:55 PM