KETUA Amil, Pulau Banggi Sabah, Kasdin Rapil, 50, menunjukkan kadar zakat fitrah Negeri Sabah selepas majlis pengisytiharan, di Wisma MUIS Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
KETUA Amil, Pulau Banggi Sabah, Kasdin Rapil, 50, menunjukkan kadar zakat fitrah Negeri Sabah selepas majlis pengisytiharan, di Wisma MUIS Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu : Kadar zakat fitrah bagi penduduk Islam di negeri ini kekal RM7 seorang.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Mohd Suhaili Said berkata, pada tahun ini seramai 36 ketua amil dan 1911 wakil amil dilantik Pusat Zakat Sabah (PZS) bagi mengutip zakat fitrah di seluruh negeri.

"Tahun ini PZS mengekalkan kadar pungutan zakat fitrah bagi setiap penduduk beragama Islam.

"Kita menyasarkan pungutan zakat fitrah sebanyak RM8.6 juta pada tahun ini," katanya ketika sidang media Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2015 di Wisma MUIS di sini, pagi tadi.

Suhaili meminta masyarakat Islam untuk membayar zakat kepada wakil amil yang dilantik secara sah oleh PZS.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 12:12 PM