PERES muncul juara Maraton London, minggu lalu dengan rekod dunia bagi kategori wanita. FOTO REUTERS
PERES muncul juara Maraton London, minggu lalu dengan rekod dunia bagi kategori wanita. FOTO REUTERS
Reuters

London: Penganjur Maraton London berkata, mereka menerima 840,318 permohonan bagi perlumbaan pada 2025, mengatasi rekod dunia penyertaan 578,374 peserta pada tahun lalu.

Lebih 53,000 menamatkan edisi keempat kejohanan pada minggu lalu yang juga rekod bagi kejohanan itu dan menyaksikan juara Olimpik, Peres Jepchirchir mencipta rekod dunia bagi acara wanita.

"Ia adalah fenomena menakjubkan secara keseluruhan," kata pengarah acara, Hugh Brasher.

"Terdapat peningkatan permohonan bagi wanita iaitu 43 peratus pada tahun lalu kepada 49 peratus tahun ini, ia menakjubkan dan hampir mencapai permohonan maksimum untuk kali pertama.

"Kami mahu menggalakkan semua peringkat umur dan upaya kemampuan untuk terus aktif dan rekod hebat ini menunjukkan apa yang dilakukan Maraton London Marathon serta berapa ramai orang mahu menyertainya."

Maraton London 2025 dijadual diadakan pada 27 April.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 11:54 AM