HOTEL Hilton Petaling Jaya

HOTEL Hilton Petaling Jaya terkenal dengan keenakan sajian berbuka puasanya di Restoran Paya Serai.

Bertemakan Sajian Warisan Paya Serai, ia akan membawa pengunjung mengimbas kembali kenangan sepanjang 35 tahun pengalaman berbuka puasa di restoran ini.

Hidangan kampung klasik, masakan Arab dan resepi rahsia yang menyediakan sajian nostalgia inspirasi cef sehinggalah masakan moden antara dihidangkan sepanjang Ramadan.


Antara menu menarik disediakan adalah di stesen beriani yang anda boleh menikmati kambing golek sumbat, nasi beriani, ayam beriani sumbat, dalca sayur, papadom, raitai timun dan mint chutney.

Terdapat juga rojak buah-buahan, nasi kandar Bangsar, stesen sekawah seperti gulai kawah daging, gulai ikan semilang, siput sedut masak lemak, itik masak kapitan dan kerang singgang.


Penggemar lemang, anda berpeluang menikmati lemang istimewa dari Kuala Kangsar seperti lemang jagung, pulut hitam dan pulut bersama rendang ayam, daging dan kambing, serta ketupat nasi dan palas.

Turut disediakan mi dan kuetiau goreng mamak, sup gear box, makanan laut panggang, lontong dan banyak lagi.


Harga yang ditawarkan untuk berbuka puasa di Hilton Petaling Jaya adalah RM189 untuk dewasa dan RM99 bagi kanak-kanak.

Hotel Hilton Petaling Jaya menjemput pengunjung bersama-sama ke ‘Jom Makan’ dan rasai pengalaman menikmati sajian tradisional asli bersama keluarga dan sahabat anda.


Jangan lupa untuk #jommakanhilton@petalingjaya apabila anda berbuka puasa di sini.

Untuk tempahan sila hubungi 03 7955 9122 atau layari laman web www.zestPJ.com.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 11:54 PM