PELBAGAI juadah menarik serta menggamit selera disediakan khas untuk berbuka puasa di rangkaian Hotel Dorsett sepanjang Ramdan ini.
PELBAGAI juadah menarik serta menggamit selera disediakan khas untuk berbuka puasa di rangkaian Hotel Dorsett sepanjang Ramdan ini.

Sempena sambutan Ramadan yang penuh keceriaan, rangkaian Dorsett Hotels di Malaysia meraikannya dengan menawarkan pembuka selera ketika berbuka puasa.

Di salah satu rangkaiannya, Dorsett Grand Subang, Cita Rasa Ramadan bermula pada 13 Mac hingga 9 April ini menawarkan hidangan esklusifnya, gear box soup, ayam percik, nasi kambing bakar, roti bom dan pelbagai jenis kuih muih tradisional tempatan.

Harga ditawarkan pada RM188 untuk dewasa dan RM150 bagi seorang warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Manakala, RM90 pula bagi seorang kanak-kanak.

Untuk membuat tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +603 5031 6060 atau menerusi e-mail [email protected].

Menariknya, Dorsett Grand Subang sekali lagi berkerjasama dengan Agro Best bagi memberi pengalaman kepada pengunjung menikmati durian dengan hanya menambah RM49.99, mereka bakal mendapat tiga varian durian antaranya D24, Udang Merah dan IO1 sepinggan. Manakala bagi yang ingin menikmati Musang King, perlu menempah secara berasingan pada RM68 sekilogram.

Ketika menjamu selera pengunjung boleh membeli belah busana Aidilfitri daripada pereka fesyen antaranya Masrina Abdullah, Maswira Majid, Evita Mairesse, Izwani, Huda Hassan dan Hasfitri Yusof.

Bagi mereka yang berada di Putrajaya jangan lepaskan peluang untuk menikmati #Bismillah Bufet Ramadan di Dorsett Putrajaya bermula pada 13 Mac hingga 8 April ini. Sejumlah 160 hidangan pelbagai cita rasa di Malaysia ditawarkan kepada pengunjung.

Pastinya antara hidangan yang menarik menemui pengunjung kambing bakar dan hidangan makanan laut segar dari King Neptune.

Harga ditawarkan untuk menikmati bufet di Dorsett Putrajaya pada harga RM139 untuk seorang dewasa, RM88 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan juga kanak-kanak.

Bagi membuat tempahan orang ramai boleh menghubungi +6016 668 0265 atau +603 8892 8388. Selain itu menerusi e-mail, [email protected].

Sambil menikmati hidangan, pengunjung juga boleh menikmati halwa telinga dengan persembahan Isma dan Alif Kadim diiringi Kugiran Mawar bermula jam 6.45 petang hingga 9.15 malam.

Di Dorsett Grand Labuan pula, jika anda berada di sana boleh menikmati bufet Ramadan di hotel bertaraf lima bintang di Labuan ini kerana ia menawarkan hidangan makanan laut segar dan menu tempatan yang menjadi kegemaran lokal.

Harga ditawarkan RM98 untuk dewasa, RM78 seorang warga emas berusia 60 tahun ke atas dan RM58 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Bufet Ramadan itu bermula dari 12 Mac hingga 8 April ini pada jam 6.15 petang hingga 9.30 malam.

Untuk tempahan orang ramai boleh menghubungi +60 10 9353 018 (Michael) atau +60 14 6042 098 (Asyiqin).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 6:55 AM