GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Lelaki yang menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial masih direman sehingga esok.

Turut direman adalah dua wanita.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, selepas ia lengkap.

"Ketiga-tiga suspek kini masih dalam tahanan reman sehingga esok dan siasatan sedang dilengkapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial.

Dia yang berusia 31 tahun ditahan di Janda Baik, Pahang, pada 18 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah itu yang turut didiami bapa lelaki terbabit.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai, memulakan aktiviti menjual ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, padaawal tahun lalu.

Katanya, demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video ketika melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual video aksi itu dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

Susulan itu, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292 kanun sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 8:33 AM