BENGKEL membaiki lori yang dibina secara haram di Jalan Helang Merah, Kepong Baru, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
BENGKEL membaiki lori yang dibina secara haram di Jalan Helang Merah, Kepong Baru, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Bengkel membaiki lori yang dibina secara haram di Jalan Helang Merah, Kepong Baru, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.17 petang tadi.

"Seramai 32 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjalara, BBP Jinjang, BBP Sentul serta BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki lori yang dibina secara haram terbakar sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 10:51 PM