ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah bengkel di Bukit Puchong, Puchong, hari ini. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah bengkel di Bukit Puchong, Puchong, hari ini. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Puchong: Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah bengkel kenderaan yang terbakar di Bukit Puchong, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 2.26 petang.

Beliau berkata, seramai 20 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Serdang dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kami mendapati sebuah bengkel di rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawah.

"Kami melakukan kerja pemadaman sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.01 petang.

"Kami menemui seorang mangsa iaitu V Kannadasan, 34, yang rentung di sebuah bilik kecil tingkat bawah premis berkenaan jam 3.28 petang tadi.

"Seorang lagi mangsa, Vincent Phang Chee Wai berusia 50-an dilaporkan cedera dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan premis terbabit musnah kira-kira 80 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 5:08 PM