VANISHAANTINI memperagakan kostum wau terbesar yang akan dipertandingkan dalam pertandingan National Costume for Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat  dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Kostum Wau Terbesar dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel di Klang. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Mrs Malaysia World 2023 P Vanishaantini memulakan perjalanan ke Las Vegas, Amerika Syarikat semalam bagi mewakili negara dalam pertandingan Mrs World pada 14 hingga 21 Januari ini.

Pada pertandingan berprestij berkenaan, usahawan berusia 27 tahun dari Seremban itu akan memperagakan busana kebangsaan berinspirasikan bentuk wau.

Vanishaantini yang akan bersaing dengan peserta dari lebih 60 negara, ditemani suaminya seorang doktor gigi, Dr N Sundahnath.

Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd, Datin Harveen Kaur berkata, busana yang akan diperagakan oleh Vanishaantini adalah pakaian wau terbesar pernah dihasilkan di Malaysia yang direka khas bagi menonjolkan keunikan pakaian kebangsaan.

Dikenali sebagai 'Puteri Wau Bulan', busana dihasilkan oleh pereka berbakat dari Sarawak, Saran Lagong dan ditaja MS Gold, berukuran 3.8 meter tinggi dan lebar 4.8 meter dengan berat kira-kira 10 kilogram.

Harvin Kaur berkata, 2023 adalah ulang tahun yang kelima Mrs Malaysia World Sdn Bhd, syarikat yang diasaskan pada 2018 oleh Datuk Dr Kattayat Mohandas, seorang pakar bius terkemuka berpangkalan di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 7:01 AM