UNIT Anjing Pengesan K9 JBPM membantu operasi forensik di kediaman Ngeh di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar. FOTO Ihsan Bomba
UNIT Anjing Pengesan K9 JBPM membantu operasi forensik di kediaman Ngeh di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar. FOTO Ihsan Bomba
Muhamad Lokman Khairi


Manjung: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil 11 sampel di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini, untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon berkata, pihaknya sudah menjalankan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 agensi itu.

Menurutnya, operasi forensik itu diketuai oleh Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Perak Mohamed Habib Mohamed Dali.

"Pasukan penyiasatan mengambil 11 sampel di tempat kejadian untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk memadamkan kebakaran terbabit.

Berita berkaitan

Polis sahkan kediaman Ngeh Koo Ham dibaling 'molotov cocktail'

'Saya maafkan mereka yang bakar kereta, rumah saya' - Ngeh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 4:09 PM