Muhamad Lokman Khairi


Manjung: Polis menahan seorang lelaki hari ini selepas disyaki terbabit kes berunsur khianat membabitkan kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 30-an terbabit ditahan bersama dua telefon bimbit di kawasan sekitar Shah Alam, Selangor pada 4 pagi hari ini.

"Permohonan reman sudah dibuat dan suspek direman selama lima hari sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, media melaporkan rumah Ngeh di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini dibaling botol 'molotov cocktail' yang menjadi dipercayai menjadi punca kebakaran tiga kereta miliknya termasuk siling di pekarangan rumahnya.

Ketika kejadian, Ngeh dan isterinya sedang tidur di tingkat atas kediaman terbabit sebelum terjaga kerana deringan loceng rumah yang dibunyikan berkali-kali oleh jiran mereka.

UNIT Anjing Pengesan K9 JBPM membantu operasi forensik dalam siasatan kes kebakaran kediaman milik Datuk Ngeh Koo Ham di sini. FOTO ihsan  BOMBA
UNIT Anjing Pengesan K9 JBPM membantu operasi forensik dalam siasatan kes kebakaran kediaman milik Datuk Ngeh Koo Ham di sini. FOTO ihsan BOMBA

Berita berkaitan:

Polis rakam keterangan 7 saksi

Pemuda PN buat laporan polis terhadap Koo Ham

Beri ruang PDRM jalankan siasatan - Saifuddin

Bomba ambil 11 sampel

'Saya maafkan mereka yang bakar kereta, rumah saya' - Ngeh

Polis sahkan kediaman Ngeh Koo Ham dibaling 'molotov cocktail'

Rumah Ngeh dilontar 'molotov cocktail', DAP minta KDN, PDRM ambil perhatian serius

Rumah, 3 kereta Ngeh Koo Ham terbabit kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 4:44 PM