Kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini terbabit kebakaran Rabu lalu. FOTO IHSAN BOMBA.
Kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini terbabit kebakaran Rabu lalu. FOTO IHSAN BOMBA.
BERNAMA

Ipoh: Laporan hasil siasatan kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 10 Januari lalu dijangka siap sepenuhnya minggu ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata laporan itu membabitkan keputusan analisis dua bahan bukti utama iaitu 'molotov cocktail' yang diperoleh di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan bomba sudah dilakukan secara menyeluruh, kita hanya menunggu pengesahan bagi menentukan bahan apa yang ditemui dalam dua bukti yang kita hantar ke makmal di Kuala Lumpur.

"Kalau ikut SOP, ia memerlukan tempoh 10 hari untuk memperoleh keputusan, jadi saya jangka kemungkinan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi keputusannya akan diperoleh bagi kita lengkapkan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat Pengarah Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya di sini, hari ini

Sayani berkata siasatan yang dilakukan pihak bomba adalah bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sama ada membabitkan pembakaran atau disebabkan perbuatan khianat

"Sekiranya keputusan yang diperoleh daripada makmal menyatakan adanya unsur khianat di lokasi kejadian, maka kita akan membuat makluman kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lalu.

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1050035/suspek-bakar-rumah-ng...">Suspek bakar rumah Ngeh Koo Ham bukan ahli parti politik - Polis

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049868/khianat-rumah-ngeh-po...">Khianat rumah Ngeh: Polis tahan 1 lelaki di Shah Alam

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2024/01/1049088/saya-maafkan-mereka-yang...">'Saya maafkan mereka yang bakar kereta, rumah saya' - Ngeh

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2024/01/1048984/polis-sahkan-kediaman-ng...">Polis sahkan kediaman Ngeh Koo Ham dibaling 'molotov cocktail'

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2024/01/1048962/rumah-3-kereta-ngeh-koo-...">Rumah, 3 kereta Ngeh Koo Ham terbabit kebakaran

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 January 2024 @ 10:36 PM