TERTUDUH (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan meliwat sepupunya. FOTO Rosli Ilham
TERTUDUH (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan meliwat sepupunya. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Chukai: Remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat sepupunya di Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shash Amir Sharifuddin.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak berusia enam tahun itu di sebuah rumah di daerah ini kira-kira jam 12.23 tengah hari pada 25 November lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan dan Majistret menetapkan 3 Januari depan untuk tarikh sebutan semula.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sharifah Amirda turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 4:24 PM