HANANI (kiri). FOTO Muhamad Razis Ismail.
HANANI (kiri). FOTO Muhamad Razis Ismail.
Muhamaad Razis Ismail


PEMILIK kedai kucing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan menawarkan perkhidmatan seks untuk persundalan, minggu lalu.

Tertuduh, Hanani Halidan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan di sebuah apartmen di Lorong Minyak Gas, di Kota Bharu, pada 7.35 malam, 4 Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh memohon jaminan minimum kerana dia adalah anak sulung yang perlu menyara keluarga.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 2:14 PM