ANGGOTA APM melakukan tinjauan dan membantu penduduk yang terjejas. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM melakukan tinjauan dan membantu penduduk yang terjejas. FOTO Ihsan APM.
Zuliaty Zulkiffli


Baling: Enam kampung di dua mukim di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara kampung yang terjejas adalah Kampung Iboi, Kampung Sadek, Kampung Seberang Jaya, Kampung Tanjung dan Kampung Bendang Padang di Mukim Kupang, manakala Kampung Badang di Mukim Bakai.

Katanya, APM dimaklumkan banjir kilat itu pada 7 petang dan pasukan 10 pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

"Jumlah mangsa yang terjejas masih dalam bancian dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata, hujan lebat beberapa jam menyebabkan air Sungai Baling melimpah dan menjejaskan penduduk di kawasan rendah.

Katanya, pemantauan dibuat mendapati air mulai suruh dan ada mangsa yang sudah mula membersihkan rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2023 @ 10:41 PM