ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir kilat. FOTO Ihsan APM
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir kilat. FOTO Ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli


Baling: Hujan lebat yang berterusan lebih dua jam hari ini menyebabkan empat kampung di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5.30 petang membabitkan Kampung Baru 8, Bukit Sebelah, Batu 60 dan Siput di Mukim Siong.

"Hasil tinjauan dan pemantauan di lokasi kejadian mendapati banjir kilat berlaku disebabkan air sungai naik terlalu cepat sehingga mengakibatkan beberapa rumah dimasuki air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata, setakat ini paras air sungai di daerah ini dalam keadaan berjaga-jaga.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersiap sedia dari segi logistik dan aset untuk melakukan operasi pemindahan sekiranya paras air semakin meningkat.

"Pusat pemindahan sementara dijangka akan dibuka sekiranya hujan berterusan dan keadaan air sungai di dalam paras bahaya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 10:10 PM