PENDUDUK menunjukkan paras air memasuki rumahnya di Kampung Bukit Sebelah. FOTO Ihsan Pembaca.
PENDUDUK menunjukkan paras air memasuki rumahnya di Kampung Bukit Sebelah. FOTO Ihsan Pembaca.
Safuri Kamarudin


EMPAT kampung di Mukim Siong, Baling dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam bermula 3.30 petang, hari ini.

Banjir daripada limpahan air Sungai Ketil yang menyebabkan 23 rumah penduduk terjejas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, tiga rumah di Kampung Bukit Sebelah, Seri Ketengga (7), Tanjung Pari (6), dan Batu 60 (7).

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang dipindahkan.

Seorang mangsa, Siti Laila Abdul Hamid, 57, dari Kampung Bukit Sebelah berkata, rumahnya mula dimasuki air pada 5 petang dan berlaku cepat disebabkan dekat dengan tebing sungai.

"Ketika itu saya di dapur untuk memasak untuk juadah berbuka puasa dan segera menyelamatkan diri bersama anak dengan ke kawasan lebih tinggi.

"Kalau hujan lebat lebih dua jam lagi, mesti air masuk lebih tinggi. Ini pun tikar dan perabot ada yang rosak terkena air berselut," katanya

Katanya, dia sekeluarga juga berbuka secara ala kadar sahaja kerana bimbang banjir berulang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 9:31 PM