HUSSEIN (tengah) menyerahkan dokumen SOP rondaan kawalan keselamatan dan mengiring aset Petronas di kawasan darat oleh polis bantuan Petronas kepada Pengurus Besar Kanan Keselamatan Kumpulan Petronas, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kanan) sambil disaksikan Ketua Kecemerlangan Operasi Runcit, Bahagian Runcit-Bahan Api Petronas Dagangan Berhad, Ahmad Rafaie Abdullah (kiri) pada Majlis Pelancaran GTSP Petronas. FOTO Aizuddin Saad

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Serdang: Petronas lancar program Refresh Session Go To Safety Point (GTSP) bersama Polis Selangor sebagai inisiatif untuk orang ramai mendapatkan bantuan awal dalam situasi kecemasan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara objektif utama GTSP adalah memudahkan syarikat stesen minyak menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Menurutnya, kakitangan stesen minyak Petronas yang terlatih dalam kemahiran bantuan kecemasan mampu memberikan pertolongan awal dalam situasi keecmasan.

"Ini juga merupakan satu usaha sama untuk mencegah jenayah dalam komuniti yang dapat memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung isu keselamatan dan pencegahan jenayah.

"Kedudukan stesen minyak yang strategik membolehkan masyarakat pergi pada bila-bila masa malah kebanyakan daripada stesen minyak berkenaan beroperasi 24 jam," katanya pada sidang media program Refresh Session Go To Safety Point (GTSP) di stesen minyak Petronas Solaris Serdang, di sini, hari ini.

Hussein berkata, 630 stesen minyak sudah menyertai program GTSP iaitu 229 daripada Petronas di mana 162 daripada itu beroperasi 24 jam.

Katanya, pihak polis sudah bekerjasama dengan beberapa syarikat stesen minyak termasuk Petronas sejak 2016 dalam menyediakan tempat selamat buat mangsa dalam situasi kecemasan.

"Oleh itu kerjasama strategik ini akan berterusan demi kepentingan komuniti kerana komuniti sejahtera adalah tanggungjawab bersama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 6:41 PM