SHAHRIR bersama Allahyarham Marissa. FOTO Facebook Anuar Ariffin
SHAHRIR bersama Allahyarham Marissa. FOTO Facebook Anuar Ariffin
Hakim Mahari


Kuala Lumpur: Anak perempuan veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad, meninggal dunia, 4.30 pagi tadi.

Shahrir berkata, Allahyarham Marisa Diana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, tengah hari ini.

"Anak perempuan saya meninggal dunia awal pagi tadi.

"Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur dan pengebumian dijadualkan di Bukit Kiara.

"Insya-Allah semuanya akan selesai sebelum Zohor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2023 @ 1:02 PM