Kuala Lumpur: Bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad, 68, meninggal dunia akibat kanser paru-paru 5.30 pagi tadi.

Menurut menantu Allahyarham, Mohd Safuan Mohd Zairi, Sabri meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Solat jenazah akan diadakan selepas Zuhur di Masjid Jelutong manakala pengebumian akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham juga adalah bekas CEO syarikat perladangan Golden Hope Plantations Bhd dan bekas Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 2:34 PM