TANGKAP layar video memaparkan anggota polis trafik IPD Petaling Jaya membersihkan saluran tersumbat di lorong motosikal di KM 29.5 Lebuhraya Persekutuan. FOTO Ihsan Polis
TANGKAP layar video memaparkan anggota polis trafik IPD Petaling Jaya membersihkan saluran tersumbat di lorong motosikal di KM 29.5 Lebuhraya Persekutuan. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Atas rasa prihatin, empat anggota polis trafik bertindak membantu membersihkan saluran tersumbat yang menyebabkan air bertakung di lorong motosikal di Kilometer (KM) 29.5 Lebuhraya Persekutuan, di sini, hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada empat anggota polis trafik berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan empat anggota polis trafik terbabit sedang menjalankan rondaan kesesakan dan halangan lalu lintas sebelum melihat air bertakung di lokasi berkenaan.

"Empat anggota polis berkenaan yang dikenali Lans Koperal Nuri, Lans Koperal Denny, Lans Koperal Azri dan Konstebal Lastman. Ketika bertugas rondaan di lokasi berkenaan, empat anggota polis trafik itu membersihkan saluran yang tersumbat yang menyebabkan air bertakung.

"Ia bagi memastikan kelancaran lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain di lokasi terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 9:32 PM