ANGGOTA polis mengangkat mayat Indra yang maut dalam kemalangan, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Indra yang maut dalam kemalangan, semalam.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Meskipun terselamat dalam cubaan dibunuh seorang penjenayah Mac tahun lalu, namun seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut akibat kemalangan jalan raya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa Lans Koperal Indra Agil Suparman, 24, maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke).

Mangsa yang bertugas di Unit Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Kampung Baru Subang dikatakan dalam perjalanan memulakan kerja sebelum terbabit kemalangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa terbabas ketika melalui selekoh di susur naik lebuh raya berkenaan dari Setiawangsa ke arah pusat bandaraya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:46 AM