KHEMAH pendaki di Everest Base Camp. FOTO AFP
KHEMAH pendaki di Everest Base Camp. FOTO AFP
Mohd Nasaruddin Parzi


Kuala Lumpur: Seorang pegawai Kementerian Luar meninggal dunia di Gorak Shep ketika pendakian ke Everest Base Camp, Nepal awal hari ini

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini mengesahkan kematian kematian pegawainya, K Parthiban berusia 38 tahun.

Katanya, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jenazah mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

"Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.

"Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

"Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga akan membantu dalam pengurusan jenazah mendiang untuk dibawa balik ke Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2023 @ 8:53 PM