FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107).

Sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2023 @ 10:12 AM