GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Alor Gajah di Melaka dan Batu Pahat, Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan bacaan IPU masing-masing 155 dan 154.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, 49 lagi kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 17 kawasan lain mencatat bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 5:25 PM