Pemandangan jerebu di ibu kota. FOTO BERNAMA
Pemandangan jerebu di ibu kota. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Empat kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, dengan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi 169, setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).

Sementara itu, 60 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 10:07 AM