Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila empat perkataan falsafah Cina yang disebut ketika membentangkan Belanjawan 2024 mendapat tepukan ahli parlimen.

Perdana Menteri menyebut perkataan itu merujuk kepada empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan Kerajaan Perpaduan.

"Filasuf Cina Mengzi merumuskan empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan (iaitu) ren, yi, zhi dan li, maknanya menekankan aspek insaniah (ren), ihsan (yi), hikmah (zhi) dan adat (li).

"Inilah yang dikatakan kekuatan dalaman yang ditekankan awal tadi. Reformasi demi menamatkan penderitaan rakyat, membasmi amalan rasuah yang sistemik, mengurangkan kerenah birokrasi bagi menyegerakan projek rakyat serta membangun tatanan politik yang stabil," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan 'Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat'.

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan Anwar yang mengetuai Kerajaan Perpaduan.

PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. FOTO Ihsan PMO.
PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. FOTO Ihsan PMO.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 5:29 PM