Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

"Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

"Pada masa sama, diskaun 10 peratus diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran serta diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 6:38 PM