Dr Mazri menyantuni penduduk Simpang Jeram dalam program ziaran dan santuni hari ini. foto Alias Abd Rani
Dr Mazri menyantuni penduduk Simpang Jeram dalam program ziaran dan santuni hari ini. foto Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Muar: Calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Mazri Yahya memberi bayangan akan berlaku gelombang rakyat terutama daripada ahli Umno yang kecewa pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Sabtu ini.

Katanya, pengundi dalam kalangan ahli Umno yang tidak setuju dengan kepimpinan parti bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP akan memilih untuk mendokong PN pada PRK ini.

"Ini memberikan satu isyarat kepada kepimpinan Umno untuk kembali membetulkan hala tuju mereka," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Dr Mazri mengakui PN berdepan cabaran besar berhadapan Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwa menggunakan segala jentera baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.

"Kita tahu ini satu-satu kerusi yang Amanah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, jadi mereka memerlukan kerja keras dengan bantuan jentera seluruh negara.

"Agensi atau kementerian peringkat pusat tak termasuk kerajaan negeri semua tertumpu di Simpang Jeram berbanding Pulai kerana tekanan mereka agak kurang sebab jumlah penduduk tinggi, komposisi pengundi sama rata.

"Kami hanya bergantung pada sumbangan orang ramai namun kita percaya dengan keikhlasan pendukung parti di seluruh negara kami dapat menempuh tentangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2023 @ 4:49 PM