Dua lelaki maut manakala seorang lelaki parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu jalan dalam inisiden di Jalan Kuala Kangsar berhadapan sebuah pusat pameran dan servis kereta di sini, awal pagi tadi. FOTO IHSAN Polis dan JBPM Perak
Dua lelaki maut manakala seorang lelaki parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu jalan dalam inisiden di Jalan Kuala Kangsar berhadapan sebuah pusat pameran dan servis kereta di sini, awal pagi tadi. FOTO IHSAN Polis dan JBPM Perak
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Dua lelaki maut manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu jalan dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhadapan pusat pameran dan servis kereta di sini, awal pagi tadi.

Dalam insiden sekitar jam 2.17 pagi tadi, dua yang maut masing-masing seorang lelaki berumur 32 dan 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang yang parah berumur 31 tahun sedang dirawat di Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan awal di lokasi mendapati mangsa maut yang berusia 32 tahun memandu kereta jenis Proton Waja yang dinaiki bersama dua mangsa lain iaitu kawannya melalui jalan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh.

Menurutnya, kereta berkenaan bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar tiang lampu jalan yang terletak di pembahagi jalan yang berada di tengah jalan

"Akibat impak perlanggaran, tiang lampu jalan patah melintang di laluan menghala ke Sungai Siput. Ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dan dikeluarkan oleh pihak bomba.

"Punca kemalangan adalah akibat kereta itu terbabas sendiri. Keadaan sekitar ketika kejadian adalah jalan lurus, sehala, dan tiga lorong selain keadaan cuaca baik, jalan kering, gelap, namun berlampu jalan. Bedah siasat akan dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 9:52 AM