DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor. FOTO Arkib BERNAMA
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor. FOTO Arkib BERNAMA
BERNAMA

Pontian: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi whatsapp ringkas kepada Bernama, susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada Ahad malam.

Terdahulu, jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dibawa ke Masjid Jamek Dato' Hj Noh Gadut di Serkat, Tanjung Piai, dekat sini untuk disembahyangkan dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, pada jam 12.05 tengah hari, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mempertahankannya pada PRU15.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana Barisan Nasional memenangi 40 kerusi pada PRN lepas, diikuti Pakatan Harapan mempunyai 12 kerusi, tiga lagi adalah Perikatan Nasional manakala MUDA satu kerusi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2023 @ 4:55 PM